1.)
Saya masih kurang jelas bagaimana Intelligent Power Saver berfungsi?
Intelligent
Power Saver ini adalah satu alat khas yang mengandungi 2 kapasitor di dalamnya
iaitu kapasitor 24kw dan 48kw untuk kegunaan plug soket single phase.
Kapasitor 24kw digunakan pada kawasan yang kecil contoh bilik manakala
kapasitor 48kw digunakan pada kawasan yang luas contoh sebuah rumah.Kedua-dua
kapasitor ini berfungsi untuk menambahkan tenaga bagi membolehkan meningkatkan
peratusan power factor tanpa menjejaskan prestasi sebenar peralatan elektrik
sedia ada.
Intelligen
Power Saver adalah dikategorikan sebagai 'gadget' atau peralatan istimewa yang
boleh digunakan dengan sah dan selamat. Ia adalah sama sepertimana anda
memasang peralatan elektrik lain seperti TV, peti ais dan kipas angin.
Keperluan
penggunaan kapasitor aadalah untuk penjimatan dan mengawal selia pembaziran
tenaga. Kaedah ini yang sudah lazim digunakan oleh pihak-pihak pembekal tenaga
kepada pengguna seperti Tenaga Nasioal Berhad (TNB) di Semenanjung, Sabah
Electricity Sdn Bhd (SESB) di Sabah dan Sarawak Electricity Supply Corporation
(SESCO) di Sarawak.
Perbezaan
penggunaan alat Intelligent Power Saver ini adalah hanya digunakan untuk
keperluan kawasan kecil seperti perumahan, pejabat, permis dan sebagainya iaitu
keperluan jumlah penggunaan perbulan di antara 350kWH sehingga 10,000kWH
sahaja.
Peralatan
ini bukan sekadar untuk penjimatan elektrik, malah ia juga berfungsi sebagai
penstabil voltan bagi mengawal arus elektrik yang secukupnya secara automatik sekiranya
berlaku ketidakstabilan penerimaan kuasa elektrik untuk kegunaan kediaman anda.
2.)
Apa fungsi penstabil voltan atau stabilizer ini?
Keperluan
kadar voltan yang dibekalkan di Malaysia adalah di antara 220v-240v. Kegunaan
voltan ini boleh berubah bergantung kepada beberapa faktor tertentu iaitu kekerapan
berlakunya ketidakseimbangan voltan yang mana boleh menyebabkan mudahnya
berlaku kerosakan pada alat-alat elektrik lain.
Dengan
adanya fungsi 'stabilizer' yang dimiliki oleh penjimat elektrik pintar ini,
maka ia dapat membantu mengawal voltan lebih konsisten tanpa sebarang
pembaziran serta dapat memanjangkan jangka hayat peralatan elektrik anda.
3.)
Adakah alat penjimat elektrik ini salah digunakan di rumah? Saya bimbang akan
didakwa oleh TNB kerana mencuri elektrik.
Penjimatan
kaedah Power Factor adalah cara yang disyorkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Ianya sah dan tidak salah disisi undang-undang.
4.)
Adakah saya perlu memiliki lesen untuk membeli penjimat elektrik ini?
Pihak
pengeluar produk ini sudah di ikhtiraf dan mendapat persijilan ISO9001:2000/014 UKAS (Quality Of Management) serta sijil CE. Pengeluaran produk
ini sama seperti produk elektrik yang sama taraf persijilan yang perakui
seperti “gadjet” pintar keluaran Apple (Iphone), Samsung (Galaxy Note),
Komputer riba dan sebagainya. Anda bukan mencuri elektrik. Pemasangan alat ini
sama seperti alat elektrik lain seperti TV, peti sejuk dan sebagainya. Anda
tidak perlu mengubahsuai apa-apa samada meter DB dan soket-soket lain.
Anda
harus faham bidang kuasa pihak TNB, SESB, SESCO. Sebarang alat elektrik yang
dipasang di dalam rumah bukan menjadi tanggungjawab mereka. Contohnya, anda
memasang TV, peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya.
Adakah
anda perlu merujuk kepada TNB atau ST terlebih dahulu?
Mereka
hanya bertanggungjawab pada peralatan yang dipasang daripada meter sehinggalah
ke ibu sawat. Oleh itu, adalah kesalahan besar jika anda mengubahsuai atau
menggangu peralatan mereka bermula dari meter hinggalah ke ibu sawat. Saya
pasti anda tentu tidak akan melakukannya.
5.)
Jadi, kalau begitu siapa yang bertanggungjawab pada alat elektrik di dalam
rumah samada ia selamat atau tidak? SIRIM ke?
Pihak
yang bertangungjawab sepenuhnya untuk memantau penggunaan sesebuah peralatan
elektrik di dalam rumah ialah Suruhanjaya Tenaga (ST). Dahulunya dikenali
sebagai Jabatan Bekalan Elektrik (JBE). Bukannya SIRIM!
6.)
Betul ke Power Saver ini boleh menjimatkan bil elektrik?
Itulah
tujuan alat ini dicipta. Keberkesanan alat ini telah dibuktikan daripada
ujikaji yang telah dilakukan sendiri oleh pihak SIRIM. SIRIM mengesahkan ianya
berfungsi sebagaimana tujuan ia dicipta dan berfungsi dengan baik.
Tambahan
pula, daripada maklumbalas di kalangan pengguna yang menggunakan Power Saver
ini, mereka telah memperolehi penjimatan kepada bil elektrik mereka.
Penjimatan
antara 30%-40% kebiasaannya akan direkodkan untuk penjimatan dalam keadaan
biasa. Peratusan penjimatan ini bergantung kepada jenis bebanan dan penggunaan
peralatan elektrik yang digunakan.
Dalam
sesetengah keadaan, penjimatan melebihi 30% direkodkan terutamanya penggunaan
berhampiran kilang-kilang dan kawasan industri dimana banyak berlaku 'power
loss' pada tenaga elektrik.
Anda
tidak perlu bimbang kerana alat ini dilindungi oleh jaminan wang dikembalikan,
maka anda boleh membuat tuntutan sekiranya tiada pengurangan bil yang
direkodkan.
7.)
Adakah kerajaan atau pihak ST melarang penggunaan alat ini?
Tidak,
sebaliknya ia sangat digalakkan kerana alat seperti ini dapat menghasilkan
'high energy rating equipment'. Sebagai contoh, apabila anda membeli penghawa
dingin atau mesin basuh baru, anda ada pilihan memilih samada mesin basuh atau
penghawa dingin jenis 'high energy rating' atau 'low energy rating'.
Peralatan
elektrik yang mempunyai 'high energy rating' sebenarnya akan menggunakan tenaga
elektrik yang kurang berbanding peralatan yang mempunyai 'low energy rating'. Anda
boleh melihat label 'high energy rating' ini kebiasaannya pada kotak peralatan
elektrik tersebut.
Namun
demikian, peralatan 'high energy rating' adalah lebih mahal daripada 'low
energy rating'. Produk penjimat elektrik pintar ini pula berfungsi sama seperti
alat elektrik 'high energy rating' tersebut.
9.)
Bagaimana caranya memasang alat ini?
Pemasangan
Power Saver ini sangat mudah. Cuma masukkan saja plug Intelligent Power Saver
ini ke soket 13 Amp (pin). Pasangkan di soket yang paling hampir dengan
Distribution Box (DB) atau mana-mana soket. Kemudian 'on'kan.
Sekiranya
anda mengguna elektrik pada kawasan yang kecil anda hanya ON-kan suiz 24kw,
manakala menggunakan kawasan yang luas ON-kan suiz 48kw.
10.)
Adakah Intelligent Power Saver ini memerlukan penyelenggaraan?
Tidak.
Ia tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan pun. Anda tidak perlu melakukan
apa-apa pengubahsuaian atau penggantian pada komponen alat penjimat elektrik
ini sepanjang tempoh penggunaan.
11.)
Adakah perlu pengubahsuaian pada pendawaian elektrik sedia ada?
Tidak
perlu. Anda tak perlu buat sebarang pengubahsuaian pada litar elektrik atau DB
anda. Ia sememangnya dicipta secara konsep 'plug & play'. Plug saja ke
soket anda.
Ya
memang ada alat penjimatan elektrik yang lain yang memerlukan anda melakukan
pengubahsuaian di DB, tetapi bukan alat penjimatan power saver ini.
12.)
Adakah alat ini ada Jaminan atau Warranty?
Ya.
Oleh kerana kami mementingkan kepuasan pelanggan dan kualiti produk, Intelligent
Power Saver ini mempunyai jaminan 24 bulan yang merangkumi 'manufacturing' atau
'material defects'.
Anda
tidak perlu bimbang kerana jika alat ini tidak berfungsi seperti mana biasa
dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh beli, maka kami akan gantikan dengan yang
baru kepada anda.
13.)
Apakah skop Jaminan 24 bulan tersebut?
Skop
Jaminannya mudah, tiada yang diselindungkan. Jika ia tidak lagi berfungsi
seperti kebiasaannya, berkemungkinan terdapat komponen yang rosak di dalamnya.
Salah satu tanda ialah melihat kepada lampu hijau yang menyala pada Intelligent
Power Saver ini. Jika ia tidak menyala ketika alat ini ON-kan, mungkin terdapat
kerosakan komponen pada alat ini.
Hubungi
kami dan hantarkan terus Intelligent Power Saver tersebut kepada kami secara
pos. Sertakan bersama resit jualan atau nombor pendaftaran Kod yang terdapat di
resit anda sebagai bukti pembelian.
Sebaik
kami menerimanya, kami akan menggantikannya dengan yang baru. Tiada kos
tambahan penghantaran. Ia PERCUMA!
14.)
Apakah yang tidak dijamin dalam tempoh Jaminan 24 bulan?
Perkara
berikut adalah kerosakan yang tiada dalam jaminan:-
Jatuh
- samada sengaja atau tidak.
Diubahsuai
- luaran atau dalaman.
Kerosakan
disebabkan gangguan lain seperti litar pintas.
Bencana
alam - banjir atau gempa bumi.
15.)
Saya berminat dengan alat ini dan ingin membeli. Bagaimana caranya?
Untuk
membeli sangatlah mudah. Anda boleh membeli dengan cara mengisi Borang Pesanan
dalam laman blog ini.
Bayaran
boleh dilakukan secara online, tunai, cek, money order atau melalui mesin ATM.
16.)
Jika berlaku kerosakan ketika penghantaran pesanan, bagaimana? Ada jaminan tak?
Sistem
penghantaran secara Pos Laju adalah cepat dan selamat.
Namun
jika berlaku kerosakan yang disebabkan semasa penghantaran, pesanan anda adalah
dilindungi. Jika ketika menerima alat ini anda merasakan seperti ada sesuatu
yang tidak kena pada alat ini, sila laporkan kepada kami untuk melakukan
penghantaran semula.
Hantarkan
terus Intelligent Power Saver tersebut kepada kepada kami secara pos. Sertakan
bersama resit jualan sebagai bukti belian.
17.)
Saya nak mencuba dahulu. Boleh tak bagi free dulu? Kalau berkesan baru saya
beli?
Memandangkan
alat ini mempunyai Jaminan Wang Dikembalikan 6 Bulan, maka cara tersebut adalah
tidak praktikal untuk dilakukan.
Anda
tidak perlu bimbang kerana anda boleh membuat tuntutan jaminan wang
dikembalikan sekiranya terbukti tiada pengurangan pada bil bulanan anda.
18.)
Adakah alat ini selamat ?
Ya.
Alat ini dicipta mengikut standard piawaian ISO 9001:2000/014 serta pembuatan yang
tinggi.